Umur, Hayat, dan Kehendak
Dalam kekaburan yang aku alami sebentar tadi.. Aku sempat jugak la window shopping kat internet…. (Hobi baru aku nieh..
). Tapi lepas je aku habis melakukan hobi aku tu. Naluri aku sedang menggerakkan tangan aku untuk menuding ke arah Search Box (Internet Explorer). Dalam masa tu jugak la otak aku terbayangkan kawan-kawan lama kat skolah menengah dulu. Salah sorangnya kawan sekumpulan aku masa aku form3 (aku rasa nama aku tak perlu nak bagi tahu). Setelah beberapa kali mencuba, aku berjaya menemukan keputusannya, majoriti result dari MySpace. Macam biasa la, aku usha profile dia (nasib baik dia tak buat private >_<).
Dia memang sorang yang mudah mesra ngan kengkawan dia. Tapi tu masa skolah la. Bila aku tengok gambar-gambar dia, dia ada letak gak gambar family dia, baby dia yang cute, ngan husband dia..
Dari apa yang aku tengok, dia bahagia dengan hayat dia, sebagai seorang ibu dan bini orang. Itu cuma tanggapan aku je. Mungkin diorang ada cerita lain di sebalik gambar tu. Hanya Tuhan dan mereka saja yang tahu.
Aku tak boleh nak membayangkan kalau aku dalam situasi dia sekarang, ada anak, bini, pastu kerja sendiri.
Adakah kehendak aku tercapai sekiranya aku berada dalam situasi dia? Ataupun aku terpaksa menguburkan kehendak aku semata-mata untuk anak dan bini aku? Apa yang aku rasa dan aku fikir, kehendak akan berubah apabila kita dalam situasi yang baru. Entahlah, sebab aku sendiri belum merasa bagaimana mempunyai tanggungjawab macam tu. Mungkin juga lagi teruk bebannya sebab terpaksa menyara mereka.
** Masa aku menulis post ni, aku teringatkan arwah kawan aku, Allayarham Nur Muhammad Fathir bin Suhaimi, (Disember 16, 2007). Al-Fatihah.**
Anggap saja apa yang aku tulis ni cuma apa yang aku rasa dan apa yang aku fikir.