Tribute to Fathier
KEsePian…
Semalam genap 40 hari adik kesayangan ku meninggalkan kami sekeluarga……ketiadaannya amat dirasai seluruh keluarga kami…especially papa n mama n termasuklah aku….
papa…
orang yang paling aku hormat…….aku tengok dalam family nie…papa paling cool antara kami semua….aku tau papa menerima tamparan yang paling hebat dalam hidupnya…kehilangan satu – satunya anak lelaki kesayangan….papa cuba tunjuk yang dia tabah dalam menghadapi dugaan ini…mama…
mama…orang yang paling aku sanjung…mama xkuat dalam menghadapi dugaan ini…terlalu berat hatinya untuk menerima semua ini…mama redha…allah lebih sayangkan fathir…aku tau mama cuba kuatkan semangat dia….setiap kali dia tengok gambar – gambar arwah…dia nangis…setiap kali dia bercerita pasal arwah….dia menangis….setiap kali dia tengok handphone arwah…mesej2 arwah dalam handphone tue…dia sedih…..hatinya terlalu sedih……mujur cucu kesayangan ade…kalau x aku xdapat bayangkan kesedihan hati mama…….aku…
aku akui aku terlalu rapat dengan arwah…..jarak aku dengan arwah hanya 6 tahun….dari dia dilahirkan sampailah dia besar..terlalu banyak rahsia yang kami kongsi bersama…aku bukan sahaja kehilangan seorang adik…malah aku kehilangan seorang teman rapat…seorang kawan….takde lagi teman aku mencurah perasaan aku…takde lagi teman aku shopping…takde lagi teman aku tengok wayang…takde lagi teman cover line….aku hilang segala – galanya….setiap malam aku teringat kan arwah…teringat saat ponteng mengaji sama2….teringat pergi tengok wayang sesama kat klcc…teringat pergi shopping sama2….pilih baju sama2….pilih gogle sama2…pilih cd….pilih sweater..pilih kasut…pilih beg…..teringat tiap2 pagi,masa aku kerja kat mara kajang..arwah yang hantar aku….arwah yang amek aku….ya allah….betapa terlukanya hatiku ini….perubahan yang paling besar sebelum arwah meninggalkan aku…arwah tak nak cakap ngan aku sangat…selalunya kalau aku call, mesti arwah ader je citer pasal bebudak bilik dia..izzi..adi..dan yang lelain…pasal budak pompuan kat kolej dia yang perasan sgt2 suka kat dia..pasal citer2 baru….tapi hari yang aku call dia tue…dia langsung xnak cakap ngan aku….aku langsung xterfikir….kenapa dia macam tue…rupa2nye dia nak pergi jauh tinggalkan aku….sekarang nie dua minggu sekali je aku balik….dan setiap kali aku balik…aku akan pergi ke kubur arwah…..arwah meninggal dengan tenangnyer…wajahnya sangat2 tenang…….aku tau dia bahagia kat sana…….n aku tau dia tunggu aku kat sane….sekarang nie aku cuba kuatkan semangat aku….sekuat yang boleh……..
This post is a tribute for my friend (deceased), Allayarham Nur Muhammad Fathir bin Suhaimi. May peace be with you my friend.
This blog post was taken from http://manja22.blog.friendster.com/2008/01/kesepian/