PPSMI: Isu lama yang ditambah nilai tarikh luputnya.

Penafian: Tiada hasutan ataupun penyeruan di dalam kiriman ini, jikalau ada pun, hanyalah sebagai peringatan. Penulis blog ini tidak bertanggungjawab terhadap situasi sebenar PPSMI. Tujuan asal kiriman ini adalah pandangan penulis terhadap sistem pelajaran Malaysia yang kian…. goyah(?). Lagipun, adakah kata-kata dari seorang rakyat Malaysia yang kerdil ini diambil kira oleh mereka yang tinggi di atas sana?

Ada la sorang kakak ni tulis kat dinding dia dalam Facebook pasal PPSMI. Mesej dia berbunyi macam ni.

Pada semua guru2 (atau bukan guru pun ble baca)..sila komen cerita aku kat blog..pasal PPSMI..komen anda amat aku hargai..

Lalu saya (kali ni guna saya pulak. :D ) pun melawat blog dia yang baru dibuat dalam sebulan lepas. 3S Sembang-sembang Sujimie

Lepas baca kiriman pos dia dalam blog tu, sayatertarik dengan perenggan ni:

Masa aku mengajar di salah sebuah sekolah rendah di daerah Kuantan ni, aku penah mengajar darjah satu & darjah 3. Pernah mengajar dari kelas yg paling baik sampai la ke kelas yg paling ..erkk…nak sebut ape ek…kelas yg paling di belakang…Alhamdulillah, kelas yg paling baik kat sekolah ni dalam 90% boleh memahami proses P&P dgn baik dlm BI. Cuma, kalau kelas yg dibelakang tu? Bayangkan lah, kdg2 cikgu2 terpaksa jugak terangkan dalam BM, jadi P&P kena jadik double dah hanya utk sesi penerangan atau translation jer. Itupun masih ada lagi yg terlopong, ternganga dan terkebil2…(rasanya semua la dlm kelas tu).

Mengikut pengalaman belajar selama 6 tahun di sekolah rendah, saya berpendapat, adalah seeloknya sekiranya pada masa ‘tunas’ itu diberi khasiat yang elok. Khasiat yang elok di sini adalah Bahasa Melayu (tidak, pandangan saya, Bahasa Malaysia adalah Bahasa Melayu, Malaysia adalah negara berbilang kaum, tetapi Bahasa Melayu tidak boleh berbilang bahasa (bahasa rojak).).

Memang benar ada sebilangan ibu dan bapa yang bersetuju untuk memberikan pelajaran kepada anak-anak mereka melalui cara barat, iaitu dengan menghantar anak-anak mereka ke institusi asuhan Inggeris seperti seorang hamba Allah ni.

Saya salah seorang ibu yang anaknya masih bersekolah. Saya bukan tak setuju pasal matematik dan sains ni di ajar dalam bahasa Inggeris. Bagus bukan tak bagus.
MASALAH BESARNYA,
sebelum kerajaan nak buat benda ni kenalah betul2 bersedia bukan main terjun aja!
Pastikan sekolah bersedia; guru bersedia. Ini cikgu yang nak mengajar pun tak tau bahasa Inggeris, macammana?Tak percaya? Ni cerita saya……
Anak saya baru masuk tahun 1 tahun ni, anak pertama. Sebelum ni saya antar tadika English Medium. He was really good in English. Saya ajar dia buat matematik dalam bahasa Melayu dia tak faham, sebut nombor dalam bahasa Melayu pun dia tak reti.Masuk darjah satu dia sebut nombor dalam bahasa Melayu fasih. Saya ajar buat matematik dalam bahasa Inggeris dia tak faham pulak!Jadi macammana ni!!!!!!!!!!!!?Saya dulu sekolah kampung jugak, sekolah Melayu. Pergi Amerika, balik bawak degree jugak, tak pernah kandas pun sebab tak belajar Matematik dalam bahasa Inggeris masa kat sekolah dulu. Masa first year ambil subjek matematik the only one got A in the class. Mat Salleh pun tak dapat A.
Yang penting, attitude betul, otak betul, makan benda betul…

Nah, cukup dengan kiriman balas dalam blog Rights2Write. Bagi saya, cukup dalam tempoh sekolah rendah, kanak-kanak dicurahkan dengan ilmu asas untuk ke tahap seterusnya. Tetapi apabila ilmu asas tersebut tidak dapat disampaikan dengan sempurna, bahkan tidak dapat diterima oleh kanak-kanak tersebut, terutamanya di kawasan pedalaman atau perkampungan, tujuan asal sekolah rendah diwujudkan telahpun lenyap. Disebabkan PPSMI, ada khabar menyatakan tentang prestasi pelajar sekolah merudum jatuh, walaupun gred piawai (standard grade) telah diselaraskan mengikut populasi perolehan gred setiap tahun untuk setiap tahap (iaitu UPSR, PMR, dan SPM).

Menurut blog Mendewa;  prestasi pelajaran Malaysia dalam TIMSS (Trends in International Mathematics and Science Study) merosot.

Skor pelajar Malaysia dalam TIMSS

Matematik
1999 = skor 519, tangga 16
2003 = skor 508, tangga 10
2007 = skor 474, tangga 20

Sains
1999 = skor 492, tangga 22
2003 = skor 510, tangga 20
2007 = skor 471, tangga 21
Perkara yang menarik dalam laporan TIMSS itu adalah negara yang tidak mengamalkan PPSMI menunjukkan prestasi cemerlang. Lihat prestasi 35 negara berikut:

1. Singapura 567
2. Taiwan 561
3. Jepun 554
4. Korea Selatan 553

5. England 542
6. Hungary 539
7. Republik Czech 539
8. Slovenia 538
9. Hong Kong 530
10. Persekutuan Rusia 530
11. Amerika Syarikat 520
12. Lithuania 519
13. Australia 515
14. Sweden 511
15. Scotland 496
16. Italy 495
17. Armenia 488
18. Norway 487
19. Ukrain 485
20. Jordan 482
21. Malaysia 471
22. Thailand 471
23. Serbia 470
24. Bulgaria 470
25. Regim Israel 468
26. Bahrain 467
27. Bosnia & Herzegovina 466
28. Romania 462
29. Iran 459
30. Malta 457
31. Turki 454
32. Syria 452
33 Cyprus 452
34. Tunisia 445
35. Indonesia 427

Kecuali Singapura dan England yang bahasa di rumah pelajarnya adalah Inggeris, 10 negara yang teratas tidak datang daripada negera yang tidak mengamalkan PPSMI.
Nota: Kajian sosiolinguistik menunjukkan bahawa bahasa dalam kalangan keluarga di Singapura adalah Inggeris (Tajuddin Jaafar, 2005).

Salah satu blog yang menyatakan kekesalan terhadap PPSMI adalah Mulanya Di sini: Saudari penulis blog ini menyatakan tentang pandangan beliau terhadap PPSMI.

Saya belajar Matematik, Sains, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Prinsip Akaun dalam bahasa Melayu. Kemudiannya, saya dihantar ke luar negara untuk belajar mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris. Keupayaan bahasa Inggeris saya pun agak ala kadar juga. Tetapi kerana kefahaman asas mata pelajaran tersebut telah dapat saya kuasai dalam bahasa ibunda, menyambungnya dalam bahasa Inggeris, memberi kesukaran minima.Bayangkan jika saya terus diajar subjek-subjek tersebut dalam bahasa Inggeris pada waktu saya mula hendak belajar bahasa Inggeris. Dan penggunaan bahasa Inggeris pula hanya terhad dalam bilik darjah. Agaknya, pasti saya tidak faham langsung asasnya dan mungkin saya tidak sampai ke sini dan menjadi saya yang seperti saya sekarang sini.Saya fikir, kesilapan kali ini bukanlah pemilihan bahasa, namun perlaksanaannya. Guru-guru yang memikul tanggungjawab ini bagi saya tidak begitu cocok. Mereka perlukan lebih masa untuk menguasai bahasa Inggeris sebelum dapat mengajarnya dengan baik. Bukan semua, namun desas-desus mengatakan, guru-guru yang mengajarnya juga tidak begitu fasih. Apatah lagi murid-muridnya.

Bagi saya, sewajarnya remaja-remaja di kala sekolah menengah didedahkan dengan istilah sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris, bukan diajar menggunakan Bahasa Inggeris seperti sekarang. Hal ini (mendedahkan mereka dengan istilah Bahasa Inggeris) dapat membantu mereka mengelakkan dari mengalami kejutan budaya (culture shock) di mana sekiranya golongan ini ingin meneruskan pengajian di peringkat selepas SPM. Hal yang sama terjadi kepada saya semasa menjadi pelajar sekolah menengah, walaupun saya boleh menggunakan Bahasa Inggeris pada masa itu(saya hanya boleh membaca, tidak boleh menggunakannya sebagai bahasa hantaran.), saya tidak boleh menyelesaikan operasi matematik dengan mudah. Sekiranya ada di antara ibu atau bapa yang prihatin terhadap pelajaran anak mereka, mereka masih boleh membantu mereka di rumah (ditambah pula dengan ibu dan bapa yang tidak begitu mahir dengan Bahasa Inggeris).

Selepas SPM adalah waktu terbaik untuk pelajar menghabiskan waktu untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Namun begitu, ramai yang menggunakan masa senggang dengan bekerja, menghabiskan waktu terluang bersama rakan-rakan lain dengan tanpa tujuan. Adakah itu menjadi pilihan mereka pada masa sekarang? Ke manakah sikap ingin membaiki diri sendiri yang lantang disuarakan ketika masih di bangku sekolah? Adakah lenyap dengan kekecewaan di atas kewujudan diri yang disangka tiada gunanya? Atau keegoan semata-mata yang disangka sebagai kekuatan diri yang pada hakikatnya adalah kelemahan diri?

Sesudah tamat cuti selepas SPM, golongan ini akan memilih hala tuju masing-masing berdasarkan keputusan SPM yang diperolehi. Dapatkan Diploma? Mengambil STPM? Bekerja? Siapa tahu, dan siapa peduli…

Sistem pelajaran Malaysia berbeza dengan negara luar. Janganlah hendak menyamakan perkara yang ternyata berbeza, umpama memberikan kata sinonim kepada kata antonim.

———–

Hal yang lain pula terjadi, di mana ada pihak mengambil kesempatan ke atas isu PPSMI kononnya atas dasar menyelamatkan bangsa. Seharusnya isu PPSMI ini tidak boleh sama sekali terlibat di dalam hal lain. Hal yang lebih teruk mungkin akan terjadi sekiranya perkara ini berlarutan.

Yang terakhir, pandangan dari blog Rights2Write:

Sepatutnya kerajaan UMNO-BN menambah waktu pelajaran bahasa inggeris tu di semua sekolah. Tambah lagi beberapa jam daripada jam yg ada sekarang ni supaya bahasa inggeris tu jadi mantap. Buat la semua modul macam kefahaman, audio, visual, percakapan, penulisan dan macam2 lagi. Biar guru yg mengajar bahasa inggeris jer yg handle.Bukannya jadikan sains & matematik sebagai mangsa. Guru2 sains & matematik mana tau ajor sains & matematik dlm bahasa inggeris. Susah guru2 nak mengajar sains & matematik dlm bahasa inggeris. Mana yg guru nak faham inggeris lagi, pastu nak ajor sains & matematik lagi, sebutan & istilah inggeris lagi.Sepatutnya pelajaran bahasa inggeris tu dimantapkan lagi. Bukannya menjadikan sains & matematik sebagai babi hitam.

Pada pandangan saya, seharusnya begitu lah, diperkasakan lagi pengajaran Bahasa Inggeris,  bukannya  mengubah struktur pelajaran yang sedia ada tanpa perancangan yang teratur.

Tambahan: Pautan ke topik yang berkenaan.

Malaysia’s education system to be reviewed

WIKIPEDIA: Education In Malaysia

Comments (1)

izzyJuly 13th, 2009 at 4:50 pm

Terlebih dahulu, isu ini pernah dibahaskan di antara saya dengan rakan-rakan saya. Saya menulis kembali dan menambah artikel yang berkaitan bersertakan dengan pandangan segar yang diperah dari otak dan dikeluarkan daripada hati ini.

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.